Dipaksa Berkahwin Dengan Janda, Hafiz Awan Nano
 Tergempar apabila difahamkan seorang peminat fanatik Hafiz suip atau lebih dikenali sebagai Hafiz telah dipaksa oleh seorang peminat yang berstatus janda serta mempunyai seorang anak supaya mengahwininya.
Hafiz Awan Nano Dipaksa Berkahwin Dengan Janda
Difahamkan insiden itu berlaku semasa Hafiz sedang menunggu giliran untuk ditemubual bersama peminat-peminat di satu segmen, program di Astro.
Desas-desus mengatakan bahawa seorang peminatnya telah menghuru-hara keadaan sekeliling iaitu merayu-rayu supaya Hafiz memilihnya sebagai teman hidup.
Lebih memeranjatkan lagi, apabila peminatnya itu telah bertindak agresif memaksa Hafiz untuk menerimanya, oleh hal demikian, bagi pendapat kami, apa yang dibuat oleh peminatnya itu jelas telah memperlakukan Hafiz sebagai “Pak Sanggup”, hal ini kerana, janda tersebut sudah pun mempunyai anak hasil hubungannya dengan lelaki lain kemudiannya pula disuruh kahwin dengannya.
Menurut maklumat yang diperolehi, peminat yang berstatus janda tersebut berasal dari Kuantan,Pahang. Datang dari jauh semata-mata ingin bertemu dengan Hafiz untuk meluahkan perasaannya terhadap Hafiz.
Aapun bersyukur, semasa insiden itu berlaku, Hafiz bijak mengawal emosi iaitu bertindak diluar kawalan seperti melenting terhadap peminatnya itu.

MyArtis.My
loading...